Penduduk 7 kampung Indonesia dipindahkan selepas Gunung Ibu meletus
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sebuah gunung berapi di pulau Halmahera meletus dan memuntahkan debu ke langit.
Penduduk di tujuh kampung sudah dipindahkan, dedah pihak berkuasa pada Ahad (19 Mei).
Menurut agensi volkanologi Indonesia, Gunung Ibu meletus pada Sabtu (18 Mei) petang, memuntahkan debu setinggi 4 kilometer sedang petir dilihat di keliling gunung itu.
Sebuah pasukan terdiri daripada polis, tentera dan pegawai mencari dan menyelamat dikerahkan ke kawasan tersebut daripada kampung berdekatan, kata Abdul Muhari daripada agensi mitigasi bencana dalam satu kenyataan.
Gambar dikongsi oleh agensi bencana menunjukkan pihak berkuasa membantu warga emas, sedang para penduduk lain menaiki trak dan dipindahkan ke khemah.
Agensi tersebut tidak memberikan maklumat lanjut tentang jumlah orang yang dipindahkan. Namun, pihak berkuasa mencadangkan kawasan sebesar 7 kilometer dikosongkan.
Agensi volkanologi Indonesia meningkatkan paras kecemasan gunung berapi tersebut kepada paras tertinggi pada Khamis (16 Mei), selepas Gunung Ibu meletus beberapa kali pada awal bulan ini.
Letusan Gunung Ibu berlaku berikutan sejumlah letusan gunung berapi berbeza di Indonesia, yang terletak di "Cincin Api" Pasifik dengan 127 gunung berapi aktif.

BACA:
Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.