Pendirian AS sokong penempatan Israel, jejas proses damai dengan Palestin - Vatican
Pihak Vatican menyatakan pada Rabu (20 Nov), prospek perjanjian damai Israel-Palestin kini terjejas dan lebih sukar ekoran langkah Amerika Syarikat menyokong tindakan Israel untuk membina penempatan di Tebing Barat.
Pope Francis. (Gambar; Guglielmo Mangiapane/Reuters)
VATICAN CITY: Pihak Vatican menyatakan pada Rabu (20 Nov), prospek perjanjian damai Israel-Palestin kini terjejas dan lebih sukar ekoran langkah Amerika Syarikat menyokong tindakan Israel untuk membina penempatan di Tebing Barat.
"Dalam konteks keputusan baru-baru ini yang memburukkan proses damai Israel-Palestin dan kemantapan rantau yang bergolak itu, pihak Vatican mahu menekankan lagi pendiriannya mahu huraian dua negara bagi lerai konflik yang berlarutan sejak sekian lama - sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel," menurut kenyataannya hari ini.
"Vatican menyokong hak sebuah negara Israel yang hidup secara aman dan selamat dalam sempadan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, dan menyokong hak yang sama bagi penduduk Palestin, yang harus diiktiraf, fihormati dan dilaksanakan," tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.