Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendirian Mahathir tentang peralihan kuasa di M'sia 'tidak pernah kabur': Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad konsisten dalam pendiriannya bahawa peralihan kuasa akan berlaku dan beliau (Anwar) akan mengambil alih sebagai perdana menteri kelak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendirian Mahathir tentang peralihan kuasa di M'sia 'tidak pernah kabur': Anwar

Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 11:10AM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 11:38AM

SINGAPURA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad konsisten dalam pendiriannya bahawa peralihan kuasa akan berlaku dan beliau (Anwar) akan mengambil alih sebagai perdana menteri kelak.

Encik Anwar bercakap di satu sesi dialog di Sidang Puncak Asia Institut Milken pada Khamis (19 Sep). Beliau menjawab pertanyaan tentang apa yang akan berlaku jika peralihan kuasa itu tidak berlaku.

Dalam satu wawancara bersama Bloomberg Television pada Rabu (18 Sep), Encik Anwar berkata beliau menjangkakan akan mengambil alih jawatan perdana menteri Malaysia pada pertengahan tahun depan.

Tarikh akhirnya adalah Mei 2020, sejajar dengan pendirian PKR bahawa Encik Anwar akan menyandang jawatan tertinggi kerajaan, dua tahun setelah pilihan raya umum 2018, berdasarkan perjanjian antara beberapa parti dalam parti gabungan yang memerintah, Pakatan Harapan.

Pada sesi dialog pada Khamis, Encik Anwar menekankan bahawa beliau menjangkakan peralihan kuasa akan berlaku sekitar waktu itu tetapi menarik perhatian adalah "memalukan" untuk Dr Mahathir berulang kali ditanya bilakah tarikhnya yang pasti.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan