Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Pendirian kita konsisten, adakan PRU15 segera" - Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu (27 Ogos) sekali lagi mengulangi pendirian parti supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

"Pendirian kita konsisten sejak awal lagi. Jadi janganlah ada pula suara di antara kita sendiri, yang mula menuduh kita gopoh mahukan pilihan raya. Kita tegas dalam perkara ini. 

"Ini bukan keputusan Encik Zahid Hamidi atau Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan). Ini suara dan keputusan Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Agung Khas UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat khas Presiden UMNO yang dihadiri ribuan pemimpin dan ahli parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Sabtu, dan ucapan beliau turut diikuti hadirin di dua lagi dewan di WTC itu.
Dr Ahmad Zahid berkata UMNO konsisten menuntut pilihan raya diadakan kerana menghormati mandat rakyat, juga mahukan sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan mandat, dan bukannnya melalui percaturan politik.

"Sehubungan itu, kembali kepada rakyat merupakan jawapan bagi memastikan Barisan Nasional, memperolehi mandat baru dan mutlak daripada rakyat dan dengan mandat itu insya-Allah, kita akan mengembalikan semula kestabilan dan kemakmuran seperti yang pernah dikecapi sebelum ini," katanya.

Beliau berkata apa yang terjadi kepada bekas presiden UMNO, Najib Razak sepatutnya menyatukan semua ahli dan bukan memecahkan, dan beliau menyeru semua ahli untuk bersatu sebagai sebuah keluarga besar. 

"Jangan ada kluster-kluster. Kita hanya ada satu kluster, kluster UMNO. Ibarat cubit paha kanan, peha kiri terasa sakit," katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kesatuan dan perpaduan dalaman parti perlu terus dimantapkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum PRU15, yang dakwanya akan menjadi medan untuk parti menoktahkan politik kebencian, dendam dan ugutan.

Terdahulu, taklimat itu bermula dengan siri penjelasan oleh peguam, Muhammad Shafee Abdullah, Zaid Ibrahim serta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, mengenai Najib Razak.

Selain itu, dua anak Najib iaitu Mohd Nizar dan Nooryana Najwa turut diundang ke pentas bagi memberi ucapan. Turut hadir, isteri Najib, Rosmah Mansor.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan