Skip to main content

Dunia

Pendengaran ICC terhadap mantan Presiden Filipina Duterte bermula

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Isnin (23 Feb) akan memulakan prosiding awal terhadap mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hampir setahun selepas penahanannya atas berpuluh-puluh tuduhan membunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggaran Waktu Membaca:
Pendengaran ICC terhadap mantan Presiden Filipina Duterte bermula
Mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte dituduh terlibat dalam sekurang-kurangnya 78 kes pembunuhan. (Gambar fail: REUTERS)
Diterbitkan : 23 Feb 2026 05:13PM
  • Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan prosiding awal terhadap Rodrigo Duterte atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan pembunuhan dalam perang menentang dadah di Filipina.
  • Duterte didakwa terlibat dalam sekurang-kurangnya 78 kes pembunuhan antara 2011 hingga 2019, dengan anggaran 30,000 mangsa terkorban menurut pertubuhan hak asasi manusia.
  • Prosiding bermula pada 23 Februari di The Hague, dengan hakim meneliti bukti untuk menentukan kelayakan prosiding utama; keputusan dijangka pada Mei.
  • Duterte, yang ditahan dan diserahkan oleh Filipina pada Mac 2025, tidak hadir di mahkamah dan tiada penjelasan diberikan mengenai ketidakhadirannya.
Dijana oleh AI
AMSTERDAM: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Isnin (23 Feb) akan memulakan prosiding awal terhadap mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hampir setahun selepas penahanannya atas berpuluh-puluh tuduhan membunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pendakwaan itu menuduh dia terlibat dalam sekurang-kurangnya 78 kes pembunuhan dalam “perang menentang dadah” di negara itu dari 2011 hingga 2019.

Duterte merupakan mantan ketua negara pertama yang berdepan tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di mahkamah berkenaan di The Hague.

Prosiding dijadual bermula pada pukul 10.00 pagi (0900 GMT).

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar Davao City dan dari 2016 hingga 2022 sebagai Presiden, Duterte melancarkan usaha tanpa henti memerangi jenayah dadah, dengan anggaran 30,000 mangsa terkorban, menurut pertubuhan hak asasi manusia.

Pada Mac 2025, Duterte ditahan oleh Filipina dan diserahkan kepada mahkamah itu.

Duterte, 80 tahun, tidak akan berada di dalam mahkamah, namun tiada penjelasan diberikan berhubung perkara itu, yang dibenarkan mengikut prosedur mahkamah.

Dalam prosiding awal tersebut, hakim terlebih dahulu akan meneliti bukti bagi menentukan sama ada ia mencukupi untuk memulakan prosiding utama.

Keputusan dijangka dikeluarkan pada Mei.
 
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita