Pendekatan dari bawah ke atas perlu diperkukuh, kata PM Muhyiddin
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mahu sistem maklum balas dari bawah ke atas diperkukuh bagi memastikan wujud persepaduan dan kerjasama dalam penggubalan dasar.
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mahu sistem maklum balas dari bawah ke atas diperkukuh bagi memastikan wujud persepaduan dan kerjasama dalam penggubalan dasar, selain penyelarasan pelan tindak yang lebih baik bagi mengurangkan ketidaksepadanan di antara keperluan sebenar dan perancangan di kawasan bandar.
Perdana Menteri itu berkata semua ini penting bagi memahami keperluan pelbagai kumpulan rakyat ketika Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai sebuah negara yang pesat membangun.
“Tidak dapat dinafikan semua ini memerlukan usaha bersepadu kementerian dan agensi di peringkat nasional, negeri dan setempat untuk bekerja bersama ke arah kesepakatan dasar dan strategi agar pertumbuhan pada masa depan berlaku secara lebih bertanggungjawab, bersepadu dan lestari,” katanya.
Encik Muhyiddin berkata demikian di Forum Bandar Malaysia (MUF) 2020 yang bertema “ The Transformative Pathway and Actions To Deliver The Sustainable Agenda” hari ini (28 Sep).
Beliau berkata satu daripada cabaran tersebut ialah pertumbuhan penduduk di kawasan bandar memandangkan 80 peratus atau 26 juta rakyat dijangka mendiami kawasan bandar pada 2030 berbanding 77 peratus sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.