Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendatang dari Yaman cipta sejarah, jadi datuk bandar Muslim pertama di Hamstrack, AS

Pendatang dari Yaman, Amer Ghalib melakar sejarah apabila  memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya di Hamtramck, sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendatang dari Yaman cipta sejarah, jadi datuk bandar Muslim pertama di Hamstrack, AS

(Gambar: Facebook/Ameer Haiderah Ghalib)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 07:08PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 09:48PM

ISTANBUL: Pendatang dari Yaman, Amer Ghalib melakar sejarah apabila memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya di Hamtramck, sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat.

Ghalib, 42 tahun, menjadi Datuk Bandar Muslim berketurunan Arab pertama Hamtramck.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Ghalib berkata tugasnya sebagai jururawat bertauliah di klinik tempatan di bandar itu membolehkannya untuk menyumbang kepada masyarakat dan pererat tali silaturrahim dengan penduduk.

"Mesej saya adalah inklusif dan masyarakat perlukan perubahan. Sepanjang kempen, saya buktikan kepada mereka yang saya mampu melakukannya," kata beliau.

Pada 2 Nov, Ghalib diisytihar datuk bandar Hamtramck apabila memperoleh 69 peratus undi menewaskan penyandang jawatan itu Karen Majewski, yang meraih 31 peratus undi.

Beliau yang akan berkhidmat selama empat tahun berjanji akan bekerja dalam satu pasukan dengan pegawai yang dipilih untuk membawa pelaburan ke bandar itu dan mendapatkan lebih banyak geran daripada pemerintah daerah, negeri serta persekutuan.

Bandar Hamstrack, yang padat penduduk, dikelilingi bandar Detroit dan Highland Park, mempunyai jumlah pendatang terbesar, separuh daripadanya dipercayai Muslim.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata beliau hanya hanya menerima sokongan masyarakat Muslim, tetapi juga penduduk bukan Muslim.

"Banyak sokongan datang daripada bukan Muslim juga sebab itulah saya menang dengan jumlah yang besar," katanya.

Ghalib, yang dilahirkan daripada keluarga sederhana, mendapatkan pendidikan awal selama 11 tahun di sebuah sekolah kecil di kampungnya di daerah Al-Awd, Yaman. Pada usia 17 tahun, beliau berhijrah ke Amerika.

"Saya masuk ke sekolah perubatan, tetapi minat saya terhadap politik dan khidmat masyarakat mendorong saya untuk bertanding agar dapat memberikan khidmat dengan lebih berkesan," kata Ghalib lagi.

Tiga anggota baru majlis bandar raya Hamstrack juga terdiri daripada masyarakat Muslim iaitu Khalil Refai, Amanda Jaczkowski dan Adam Albarmaki.  

Sumber : Bernama/NY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan