Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendatang Afghanistan 11 tahun dipercayai bunuh diri di Austria

Polis Austria menyatakan semalam (17 Nov) bahawa siasatan sedang dijlankan ke atas kes bunuh diri seorang kanak-kanak lelaki yang juga seorang pendatang dari Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendatang Afghanistan 11 tahun dipercayai bunuh diri di Austria

Austria menerima hampir 150,000 permintaan suaka sejak 2015. (Gambar fail: Joe Klamar/ AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 09:59AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:08AM

VIENNA: Polis Austria menyatakan semalam (17 Nov) bahawa siasatan sedang dijlankan ke atas kes bunuh diri seorang kanak-kanak lelaki yang juga seorang pendatang dari Afghanistan.

Dia mati di hospital berdekatan Vienna pada hari Isnin lalu (13 Nov), setelah dirawat selama sehari, demikian menurut polis. Pihak polis masih belum dapat mengesahkan bagaimana kanak-kanak itu membunuh diri.

Keluarga kanak-kanak berkenaan menetap di sebuah pusat pelarian di Baden sejak tahun lalu, di mana terdapat banyak pendatang masuk ke Austria.

Laporan media menyatakan kanak-kanak itu menghadapi kesukaran menjaga emam saudaranya yang lain setelah ditinggalkan saudara lelakinya yang berusia 23 tahun.

Agensi berita Oe1 melaporkan bahawa para pegawai mengetahui tentang masalah keluarga itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak melihat "apa-apa yang luar biasa" pada keluarga tersebut.

Pegawai rasmi Austria, Guenther Kraeuter, mengumumkan semalam (17 Nov) bahawa beliau akan membuat rayuan agar siasatan dijalankan.

Austria menerima hampir 150,000 permintaan suaka sejak 2015. Ini membuat Austria antara penerima tertinggi (per kapita) dalam krisis penghijrahan Eropah.

Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berulang kali mengingatkan tentang "kekurangan langkah-langkah perlindungan buat kanak-kanak pendatang di Eropah" dan menuduh Kesatuan Eropah melakukan "terlalu sedikit" untuk mereka. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan