Skip to main content

Dunia

Pendakwah kontroversi Zakir Naik dilarang beri ceramah di Perlis

Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps supaya membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, dan keluarganya dalam program itu yang bermula Jumaat (16 Ogos) hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti serta desakan pelbagai pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwah kontroversi Zakir Naik dilarang beri ceramah di Perlis

Dr Zakir Naik. (Gambar: Malay Mail Online)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 08:18PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 08:20PM

KANGAR: Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps supaya membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, dan keluarganya dalam program itu yang bermula Jumaat (16 Ogos) hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti serta desakan pelbagai pihak.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad berkata nasihat tersebut turut dipersetujui Mufti Negeri, Dr Asri Zainal Abidin. Pihak Jabatan Mufti negeri sudahpun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap di program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

Selain Zakir, isteri beliau iaitu Farhat Naik serta anak mereka - Fariq, Rushda dan Zikra - dilapor turut diberikan slot ceramah dalam program itu yang dianjurkan oleh One Centre Malaysia Perlis (OCMPs).

"Sebanyak 150 laporan polis telah dibuat. Program boleh diteruskan dan Zakir Naik dibolehkan hadir pada program itu tetapi dilarang berucap dan memberi ceramah sama sekali," katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Lima Ketua Jabatan Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.

Mushar berkata sekiranya penganjur masih membenarkan Zakir dan keluarganya untuk memberi ceramah, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang bersesuaian termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita