Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendakwah Indonesia dipenjara 4 tahun; rahsiakan hasil ujian COVID-19

Para penyokong tegar pendakwah Indonesia Rizieq Shihab bertempur dengan polis di ibu kota Jakarta selepas dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun pada Khamis (24 Jun) kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai hasil ujian COVID-19 dirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwah Indonesia dipenjara 4 tahun; rahsiakan hasil ujian COVID-19

Pendakwah Indonesia Rizieq Shihab (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 24 Jun 2021 06:57PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 07:00PM

JAKARTA: Para penyokong tegar pendakwah Indonesia Rizieq Shihab bertempur dengan polis di ibu kota Jakarta selepas dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun pada Khamis (24 Jun) kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai hasil ujian COVID-19 dirinya.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ke atas para penyokong Shihab yang mendekati bangunan mahkamah.

Mereka melontar batu dan botol-botol plastik ke arah polis.

Keganasan ini berlaku sejurus sebelum mahkamah memberikan keputusannya dalam kes baru Shihab itu.

Bulan lalu, dia telah dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana melanggar sekatan COVID-19 dalam beberapa acaranya yang dihadiri ramai orang.

Dalam kes barunya, pemimpin Fron Pembela Islam (FPI) ini didapati bersalah kerana menyebarkan maklumat palsu tentang keadaan kesihatannya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di wadah online, Shihab berkata dirinya sihat walaupun hasil ujian menunjukkan dia positif COVID-19.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan