Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Kata Wan Shaharudin, pendakwaan memfailkan permohonan itu pada Khamis (25 Mei) dan ia diserahkan kepada peguam bela pada Jumaat (26 Mei), lapor BH Online.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta (S$68.12 juta) bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Encik Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi pada Jumaat.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan