Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendakwa raya Taiwan usul waran tangkap terhadap suspek nahas kereta api

Pendakwa raya Taiwan usul waran tangkap terhadap suspek nahas kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwa raya Taiwan usul waran tangkap terhadap suspek nahas kereta api

Para penyelamat di tempat kejadian sehari selepas kereta api tergelincir dari landasan, 3 April 2021. (Gambar: REUTERS/Ann Wang)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 10:40AM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 10:43AM

HUALIEN, Taiwan: Para pendakwa raya Taiwan sudah meminta waran tangkap dikeluarkan terhadap pengurus tapak binaan yang lorinya dipercayai menjadi punca nahas kereta api yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 50 orang.

Kemalangan itu, yang merupakan nahas kereta api paling dahsyat dalam tempoh tujuh dekad, berlaku selepas sebuah kereta api laju melanggar sebuah lori yang tergelincir ke landasan daripada sebuah tapak binaan.

Pengurus tapak binaan itu disyaki gagal menekan brek dengan betul.

Kereta api itu membawa hampir 500 penumpang dan sedang dalam perjalanan dari ibu kota Taiwan, Taipei, ke Taitung, apabila ia tergelincir dalam terowong di utara Hualien.

Yu Hsiu-duan, ketua pejabat pendakwa raya Hualien, memberitahu para wartawan pada lewat semalam (2 Apr) bahawa waran tangkap sudahpun diusulkan dan kini sedang dipertimbangkan oleh mahkamah.

"Untuk memelihara bukti-bukti relevan, kami mempunyai beberapa kumpulan pendakwa raya di tempat kejadian untuk mengumpul bukti," kata beliau.

Hari ini, para pekerja mula memindahkan bahagian belakang kereta api, yang tidak begitu rosak setelah berhenti di luar terowong, atas landasan dan jauh daripada tempat kejadian.

Bahagian kereta api yang remuk masih tersekat dalam terowong.

Presiden Tsai Ing-wen dijadual melakukan lawatan ke Hualien hari ini untuk menziarahi para penumpang yang terselamat, menurut pejabatnya.

Pemerintah juga mengisytiharkan bendera-bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari. 

Sumber : Reuters/NK/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa