Pendakwa Jepun bakal dakwa pembunuh mantan PM Abe

Tetsuya Yamagami, lelaki yang disyaki menembak mati mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, digiring dari balai polis Nara Nishi untuk menjalani penilian psikiatri di Nara pada 25 Jul 2022. (Gambar: STR/Jiji Press/AFP)
TOKYO: Para pendakwa di Jepun memutuskan untuk mengenakan tuduhan terhadap lelaki yang disyaki menembak mati mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, lapor agensi berita Kyodo dan agensi-agensi media Jepun yang lain pada Sabtu (24 Dis).
Keputusan itu dibuat menyusuli penilaian psikiatri ke atas suspek, Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 42 tahun.
Mendiang Encik Abe ditembak mati menggunakan pistol buatan sendiri semasa kempen pilihan raya pada Julai.
Tempoh penahanan Yamagami akan berakhir pada 10 Januari depan dan para pendakwa di Nara mungkin akan mendakwa tertuduh sebelum 13 Januari, menurut Kyodo.
Para pendakwa tidak pula segera mengulas tentang keputusan tersebut pada Sabtu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.