Skip to main content

Dunia

Pendakian Gunung Rinjani ditutup hingga piawaian keselamatan dipenuhi

Laluan pendakian Gunung Rinjani, Lombok, Nusa Tenggara Barat, ditutup demi memastikan keselamatan pendaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakian Gunung Rinjani ditutup hingga piawaian keselamatan dipenuhi

Pemandangan dari Gunung Rinjani, Lombok. (Gambar: Facebook/Wisata Indonesiaku)

JAKARTA: Laluan pendakian Gunung Rinjani, Lombok, Nusa Tenggara Barat, ditutup demi memastikan keselamatan pendaki.

Demikian menurut Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan indonesia Budi Gunawan, seperti dilapor Kompas.com.

Encik Budi menjelaskan, laluan pendakian Gunung Rinjani hanya akan dibuka semula jika semua piawaian keselamatan sudah dipenuhi oleh setiap agensi.

“Keselamatan jiwa pendaki adalah keutamaan. Laluan hanya dibuka semula jika semua piawaian keselamatan sudah dipenuhi melalui penyelarasan rentas agensi," kata Encik Budi selepas mesyuarat penyelarasan rentas sektor berkait penilaian semula tadbir urus pendakian di Taman Negara Gunung Rinjani, pada Jumaat (18 Jul), yang dipetik daripada siaran akhbar.
Dalam mesyuarat tersebut, hadir wakil dari Basarnas, Jabatan Taman Negara Gunung Rinjani, TNI, Polis Republik Indonesia, Pemerintah Provinsi NTB, Jabatan Pelancongan, serta pihak-pihak berkepentingan lain.

Mereka sepakat untuk segera melakukan penilaian semula menyeluruh terhadap prosedur operasi standard (SOP) pendakian dan sistem pemindahan kecemasan yang berkuat kuasa, lapor Kompas.com

HENTI PENDAKIAN DEMI ELAK KEMALANGAN BERULANG

Langkah-langkah yang disepakati termasuk penutupan penuh semua laluan pendakian Gunung Rinjani sehingga pemberitahuan lanjut.

Kemudian, semakan SOP pendakian dan pemindahan agar lebih disesuaikan mengikut keadaan ekstrem.

Ketiga, peningkatan kemudahan keselamatan dan kelengkapan kecemasan di sepanjang laluan pendakian.

Keempat, pengesahan akhir kelayakan laluan oleh pasukan gabungan dari Basarnas, TNI-Polis Republik Indonesia, dan Mountaineering Indonesia sebelum dibuka semula.

“Masyarakat dan pelancong diminta untuk mematuhi keputusan ini demi keselamatan bersama," menurut mantan Ketua Badan Perisikan Negara (BIN).

Menteri Penyelaras Polkam juga menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dalam usaha meningkatkan piawaian keselamatan dan mitigasi risiko di kawasan gunung berapi aktif tersebut, lapor Kompas.com.

Bagi masyarakat yang memerlukan maklumat lanjut, pemerintah menyediakan saluran komunikasi melalui Jabatan Taman Negara Gunung Rinjani dan Pos Basarnas tempatan.

Pemerintah secara rasmi menutup sementara semua laluan pendakian Gunung Rinjani menyusuli siri insiden kemalangan yang menimpa para pendaki dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Sumber : Agensi berita/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita