Pendaki warga M'sia yang hilang di Gunung Annapurna, ditemui selamat
Seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang semasa menuruni Gunung Annapurna, Nepal, dua hari lalu, sudah ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis.
Dr Chin Wui Kin. (Gambar: Hospital Besar Ng Teng Fong, Seven Summit Treks)
PUTRAJAYA: Seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang semasa menuruni Gunung Annapurna, Nepal, dua hari lalu, sudah ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis.
Kementerian Luar, dalam satu kenyataan semalam (25 Apr) menyatakan pasukan berkenaan kini dalam usaha membawa turun mangsa, Chin Wui Kin, 49 tahun, dari kawasan pergunungan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal, terutamanya kepada pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa,” menurut kementerian itu.
Media asing sebelum ini melaporkan mangsa berjaya mendaki gunung setinggi 8,100 meter itu, Selasa lalu, dengan 31 pendaki yang lain namun gagal kembali ke kem berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer dari puncak gunung itu.
Laporan itu menyebut mangsa dipercayai terkandas berhampiran puncak gunung itu selepas terpisah dengan kumpulan pendakian ketika menuruni gunung tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.