Pendaki wanita hilang dedah 2 minggu tidak makan, setakat minum dari periuk kera
Anggaran Waktu Membaca:
Jaslinda Saludin tiba di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah. (Gambar: BERNAMA)
TAPAH: Wanita yang ditemui selamat selepas 14 hari hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah, Jaslinda Saludin, 49 tahun, menceritakan pengalaman ikhtiar hidup di dalam hutan selama dua minggu dengan hanya meminum air tanpa makanan.
Dalam satu video dikongsi pengguna media sosial yang berpeluang berbual dengan wanita itu, Cik Jaslinda memaklumkan beliau minum air dari sumber hutan termasuk air dari dalam periuk kera.
“Saya tiada makanan, saya dua minggu tak makan. Saya minum air... air hitam, air coklat, air periuk kera. Jadi rasa menikmati hiduplah,” katanya dalam video berdurasi 32 saat itu.
Awal dari itu, Cik Jaslinda ditemui oleh penduduk Orang Asli Nazri a/l Bah Eng berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah, kira-kira pukul 5.00 petang.
Beliau kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
Dalam satu lagi video, Cik Jaslinda menceritakan beliau terjatuh berkali-kali dan bergelut untuk hidup ketika malam hari sepanjang di dalam hutan.
Cik Jaslinda dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah pada 24 Mei.
Beliau juga mengalami beberapa kecederaan ringan, termasuk di kepala akibat beberapa kali terjatuh ketika cuba mencari jalan keluar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa turut mengalami kesan gigitan serangga seperti agas sepanjang tempoh berada di dalam hutan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa kepada pasukan penyelamat, Cik Jaslinda terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai ketika berusaha meredah laluan mencabar.
“Beliau memaklumkan ada terjatuh beberapa kali, termasuk dari ketinggian kira-kira lima meter dan tiga meter, namun berjaya bangun semula dan meneruskan perjalanan.
“Alhamdulillah, mangsa berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika ditemui para wartawan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu (6 Jun).
Sementara itu, Cik Jaslinda turut memohon maaf atas kehilangannya yang berlarutan sehingga mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar.
“Terima kasih, minta maaf semua menyusahkan,” katanya.
Ahli keluarga yang terdiri daripada suami, Haszman Othman, 61 tahun, dan kakak Cik Jaslinda, Jasima, 52 tahun, turut merakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR.
“Doa semua rakan dan disebabkan itu kita jumpa dia hari ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Tapah yang banyak membantu dari sudut kebajikan sepanjang kami di sini,” kata Cik Jasima.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.