Skip to main content

Dunia

Pendaki hilang di Gunung Batu Putih, Perak sejak 14 hari lalu ditemui selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki hilang di Gunung Batu Putih, Perak sejak 14 hari lalu ditemui selamat

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jun 2026 07:24PM Dikemas Kini : 06 Jun 2026 07:30PM
  • Jaslinda Saludin, pendaki wanita berusia 49 tahun, ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak 24 Mei.
  • Beliau ditemukan oleh penduduk, Nazri a/l Bah Eng, berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh pada 6 Jun sekitar jam 3 petang.
  • Jaslinda kini ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut diuruskan pihak berkuasa.
  • Kehilangan berlaku selepas Jaslinda meneruskan pendakian walaupun mengalami masalah kesihatan, berbeza dengan seorang lagi pendaki yang berhenti.
Dijana oleh AI
IPOH: Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, pada petang Sabtu (6 Jun).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sayani Saidon berkata mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang.

“Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Sayani berkata mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

“Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita