Skip to main content

Dunia

Pendaki Australia maut di Gunung Everest ketika dalam perjalanan turun

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Seorang jurutera perlombongan warga, Australia Jason Bernard Kennison, yang merupakan peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak tertinggi dunia itu, lapor Sputnik yang memetik laporan media.

Kennison, 40 tahun, meninggal dunia di kawasan dipanggil Balkoni pada ketinggian melebihi 8,000 meter (26,200 kaki) pada Jumaat (19 Mei), lapor Himalayan Times, memetik pengarah urusan Asian Trekking, Dawa Steven Sherpa.

Selepas warga Australia itu mula berkelakuan tidak normal di Puncak Selatan, dua Sherpa membawanya ke Balkoni, di mana beliau rebah, menurut laporan itu sambil menambah bahawa mayatnya masih berada di lokasi.

Pada 2006, Kennison dilaporkan cedera parah dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dalam pemulihan sehingga perlu belajar cara berjalan. Lelaki itu menyasarkan untuk mengumpul dana demi membantu orang ramai yang mengalami nasib sama sepertinya, lapor akhbar itu.

Seorang lagi pendaki dari Malaysia, Awang Askandar Ampuan Yaacub, meninggal dunia di Gunung Everest juga pada Jumaat, menurut akhbar itu memetik pegawai.
Terdapat 10 insiden kematian di Gunung Everest dalam tempoh beberapa bulan lalu dengan dua orang masih hilang.
Sekurang-kurangnya 300 orang maut ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu sejak simpanan rekod dimulakan, dengan angka korban meningkat setiap tahun. Mayat kira-kira 200 orang pula tidak pernah dibawa turun dari Gunung Everest.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita