Pendaftaran pilihan raya umum Filipina ditutup untuk isi 18,000 jawatan
Pendaftaran bagi jawatan politik dalam pilihan raya umum Filipina tahun depan sudah ditutup.
Encik Manny Pacquiao dan Encik Lito Atenza memfailkan sijil pencalonan sebagai presiden dan naib presiden pada 1 Oktober. (Gambar: REUTERS)
MANILA: Pendaftaran bagi jawatan politik dalam pilihan raya umum Filipina tahun depan sudah ditutup.
Sebanyak 18,000 kerusi dipertandingkan.
Bagi jawatan Presiden pula, para calon yang berharap untuk menggantikan Presiden Rodrigo Duterte termasuk para ahli politik sedia ada dan puak-puak lama yang mahu membuat kemunculan semula dalam politik negara itu.
Mereka termasuk senator Manny Pacquiao.
Bintang tinju itu sudah bersara dari sukan tersebut untuk menumpukan kempen bagi jawatan Presiden Filipina.
Turut akan bertanding ialah anak diktator Filipina, yang mempunyai nama yang sama dengan bapanya, Ferdinand Marcos.
Beliau adalah seorang mantan gabenor, ahli kongres dan senator.
Naib Presiden sedia ada Leni Robredo juga akan bersaing.
Mantan ahli perundangan dan aktivis sosial itu lantang mengkritik kempen Presiden Rodrigo Duterte untuk memerangi dadah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.