Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendaftaran ibadah haji dibuka kepada warga, penduduk Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permulaan pendaftaran haji bagi para penduduk dan warga negara tersebut hari ini (3 Jun).

Pendaftaran haji untuk sekitar 150,000 rakyat dan penduduk Saudi akan dibuka selama sembilan hari, sehingga 11 hari bulan ini, lapor Saudi Gazette.

Namun kementerian itu mengingatkan pendaftaran awal tidak bermakna kepastian pemilihan untuk naik haji kali ini.

Tambah Saudi Gazette lagi, para pemohon perlu berusia 65 tahun ke bawah dan mendapatkan tiga dos suntikan vaksin COVID-19.

Pihak berkuasa Saudi juga menegaskan sesiapa yang melakukan haji tahun ini tanpa mendapatkan permit yang sah, akan dihantar pulang ke negara asalnya jika penduduk dan tidak dibenarkan kembali ke Saudi selama 10 tahun.

Mereka yang ada permit lawatan keluarga juga tidak boleh diubah kepada permit penduduk tetap, lapor Saudi Gazette.

Kuota haji untuk lagi 850,000 jemaah haji dari luar Saudi, sudahpun diumumkan bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/AZ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan