Pendaftaran GTA masih diproses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Pendaftaran Gerakan Tanah Air (GTA) setakat ini masih diproses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), kata Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad.
“Belum diluluskan atau ditolak,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu (26 Okt) mengenai perkembangan pendaftaran GTA.
Pengerusi Penaja GTA Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata gabungan politik itu terpaksa menggunakan Pejuang sebagai ganti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kerajaan tidak meluluskan pendaftarannya.
GTA mengemukakan permohonan kepada RoS pada 18 Ogos lepas untuk didaftarkan selepas ia ditubuhkan pada 4 Ogos.
Gerakan itu dianggotai oleh Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Encik Mohd Nawardi berkata masih terdapat pindaan draf yang perlu dilakukan membabitkan perlembagaan GTA agar selari dengan dasar dan undang-undang sedia ada.
“Kita tiada halangan untuk luluskan jika perlembagaan yang dicadangkan menepati dasar yang telah ditetapkan,” katanya.
Menurut beliau lagi wakil GTA hadir ke RoS pada Rabu untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pegawai RoS berhubung pendaftaran GTA.
Sebelum ini, dilaporkan GTA berhasrat untuk bertanding di kira-kira 120 kerusi Parlimen pada PRU15.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov

Sumber : Bernama/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.