Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendaftaran bagi Netflix AS melonjak sejak penguatkuasaan ke atas kongsi kata laluan bermula

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran bagi Netflix AS melonjak sejak penguatkuasaan ke atas kongsi kata laluan bermula

(Gambar: Patrick T. Fallon/AFP)

AMERIKA SYARIKAT: Setiap hari kadar pendaftaran bagi Netflix di Amerika Syarikat (AS) melonjak pada beberapa hari pertama sejak penguatkuasaan syarikat gergasi penstriman itu ke atas perkongsian kata laluan bermula pada 23 Mei.
Dalam mencari cara-cara baru untuk menjana pendapatan dalam pasaran yang tidak mendapat permintaan baru serta ekonomi yang sukar, Netflix mengambil langkah untuk mengawal perkongsian kata laluan akaun dalam kalangan rakan-rakan dan anggota keluarga pelanggan.

Ia merupakan perubahan yang drastik bagi syarikat itu yang pernah memuat naik hantaran di Twitter bahawa "Cinta adalah berkongsi kata laluan".

Netflix menganggarkan bahawa lebih 100 juta isi rumah sudah berkongsi maklumat log masuk kepada individu selain anggota keluarga mereka di rumah.

Di bawah peraturan baru itu, para pengguna AS boleh menambah anggota lain selain anggota keluarga mereka dengan bayaran tambahan AS$8 (S$11) setiap bulan.

Langkah tersebut nampaknya membuahkan hasil sedang syarikat itu mencatat hampir 100,000 pendaftaran setiap hari pada 26 dan 27 Mei, menurut Antenna.

Netflix, yang meluaskan penguatkuasaannya kepada lebih 100 negara, bagaimanapun tidak menjawab dengan segera kepada permintaan Reuters untuk memberi komen.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan