Skip to main content

Dunia

Pencuri kirim emel kepada pemilik komputer riba dicuri

Seorang pencuri tanpa diduga menarik perhatian meluas pengguna media sosial gara-gara mengirim emel meminta maaf kepada pemilik komputer riba yang dicuri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencuri kirim emel kepada pemilik komputer riba dicuri

Petikan gambar emel yang dikirim pencuri. (Gambar: @StevieBlessed/Twitter)

Diterbitkan : 03 Dec 2018 11:32AM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 11:33AM

BIRMINGHAM: Seorang pencuri tanpa diduga menarik perhatian meluas pengguna media sosial gara-gara mengirim emel meminta maaf kepada pemilik komputer riba yang dicuri.

Seorang pemilik akaun Twitter Stevie Valentine mengongsi satu petikan gambar yang menunjukkan kiriman emel yang diterima oleh rakannya daripada pencuri itu komputer riba itu. Gambar yang dikongsi serta merta menular online.

Dalam emel tersebut, tidak sahaja si pencuri berkali-kali meminta maaf kerana mencuri komputer riba beliau. Dia juga menawarkan untuk mengirim balik sebarang dokumen tugasan universiti yang diperlukan pelajar itu daripada komputer ribanya, lapor NDTV.

"Saya benar-benar meminta maaf kerana mengambil komputer riba anda. Saya benar-benar miskin dan memerlukan wang itu," tulis pencuri berkenaan dalam emelnya. "Saya meninggalkan telefon bijak dan dompet anda. Saya harap ia akan membantu."

Petikan gambar emel beliau seperti berikut:

Emel pencuri terbabit mendapat simpati sebilangan orang.

Ada juga yang tertanya-tanya jika dia benar-benar ikhlas dan akan terus membalas emel pemilik komputer riba itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita