Skip to main content

Dunia

Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum majlis penutup Olimpik Paris

Anggaran Waktu Membaca:
Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum majlis penutup Olimpik Paris

Gambar: AP

Diterbitkan : 12 Aug 2024 03:25PM Dikemas Kini : 12 Aug 2024 04:06PM
PARIS: Polis Perancis terpaksa mengosongkan kawasan sekitar Menara Eiffel selepas seorang lelaki dikesan sedang mendaki mercu tanda Paris - beberapa jam sebelum majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad (11 Ogos), waktu tempatan.

Seorang lelaki yang tidak berbaju dilihat memanjat menara setinggi 330 meter pada sebelah petang tetapi tidak jelas di mana dia memulakan pendakiannya, namun dia kelihatan berada di atas logo Sukan Olimpik yang menghiasi bahagian tengah monumen itu.

Polis kemudian mengiringi lelaki itu meninggalkan kawasan tersebut sekitar jam 3.00 petang sambil beberapa pelawat yang terkurung di tingkat dua dibenarkan keluar sekitar 30 minit kemudian.

“Seorang individu mula memanjat Menara Eiffel pada 2:45 petang, polis campur tangan dan pemuda itu telah ditahan,” kata seorang pegawai polis Paris kepada The Associated Press dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana siasatan ke atas kejadian itu akan diteruskan.

Menara itu tidak menjadi sebahagian daripada upacara penutup temasya di Stade de France, awal pagi Isnin.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita