Penceramah perlu ada tauliah ajar agama di masjid, surau di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, menurut JAWI
Anggaran Waktu Membaca:

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail. (Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Hanya penceramah mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dibenarkan mengadakan kuliah di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, semua masjid dan surau diminta mematuhi ketetapan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Menurutnya, pengurusan masjid dan surau juga perlu merujuk Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 serta pekeling semasa yang ditetapkan.
Tambahnya, langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.
"Masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan serta kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (15 Mac), dipetik daripada Sinar Harian.
Beliau berkata, pengurusan masjid dan surau berdepan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut.
"Masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan.
"Masjid tidak seharusnya menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat," ujarnya, lapor agensi berita Sinar Harian.
Isu tauliah mengajar mula menjadi topik hangat selepas pembatalan kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Februari lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Shahzihan Ahmad menerusi maklum balas berhubung perkara tersebut memberitahu, Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Katanya, pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.
Ia disusuli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang turut memberi peringatan sama bahawa semua pemimpin dan aktivis politik di negeri tersebut tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.