Skip to main content

Dunia

Penceramah bebas Malaysia disiasat sebar video seks isteri

Anggaran Waktu Membaca:
Penceramah bebas Malaysia disiasat sebar video seks isteri
(Gambar Fail: CNA)
Diterbitkan : 05 Jul 2025 09:04PM Dikemas Kini : 05 Jul 2025 09:05PM
SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim pada Sabtu (5 Jul).

Beliau berkata ia menyusuli laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu pada 12.00 tengah hari, 16 Jun lalu, yang mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madunya serta beberapa wanita lain.

“Bertindak atas siasatan, pihak polis membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek." 

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menemui beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan juga gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain," katanya dalam satu kenyataan.

Encik Mohd Iqbal berkata lelaki berkenaan direman empat hari hingga hari ini (5 Jul) dan diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita