Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencemaran udara Pasir Gudang: Bau LPG dikesan di sekolah terjejas

Pencemaran udara yang berlaku di dua sekolah Pasir Gudang, semalam (20 Jun), dikatakan berbau seperti Liquefied Petroleum Gas atau gas petroleum cecair, ringkasnya LPG, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran udara Pasir Gudang: Bau LPG dikesan di sekolah terjejas

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Jun 2019 02:35PM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 02:44PM

JOHOR BAHRU: Pencemaran udara yang berlaku di dua sekolah Pasir Gudang, semalam (20 Jun), dikatakan berbau seperti Liquefied Petroleum Gas atau gas petroleum cecair, ringkasnya LPG, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

Beliau berkata bau itu dikesan pihak sekolah sejak tiga hari lalu dan kemudian memaklumkannya kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Berikutan makluman itu, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Bahru; Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan agensi-agensi lain digegaskan ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan kerja ‘detomination’ di tempat kejadian dengan kadar segera.

Bagaimanapun, selepas pemantauan kualiti awal udara dilaksanakan, didapati tiada bau tersebut dikesan di tempat kejadian, katanya dalam satu kenyataan.

“Menurut pemantauan kualiti awal udara oleh pihak JAS dan Pasukan HAZMAT, parameter bagi elemen seperti karbon monoksida, hidrogen sulfida dan Volatile Organic Compound (VOC) adalah sifar. Bacaan oksigen di tempat kejadian adalah 21.2 ppm dan ini bermaksud kualiti udara di tempat kejadian adalah normal dan terkawal,” katanya.

Encik Tan berkata pihak JAS kemudiannya melakukan pemantauan kualiti udara di empat ‘point’ dengan kekerapan empat jam sekali.

“Pihak JAS, pasukan HAZMAT dan agensi lain akan meneruskan pemantauan udara di kawasan sekolah terlibat. Pada masa yang sama, pemantauan dalam radius dua kilometer dari sekolah turut dilakukan, selain mengaktifkan satu jawatankuasa saintifik bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca pencemaran,” katanya.

Dalam kejadian Khamis petang (20 Jun), seramai 13 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan dua kakitangan dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan selepas mengalami simptom muntah-muntah serta sesak nafas akibat terdedah kepada pencemaran itu.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pada 7 Mac lepas, hampir 6,000 penduduk di kawasan sama terjejas akibat pencemaran udara daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim. Pencemaran tersebut turut mengakibatkan 111 buah sekolah ditutup sementara.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan