Skip to main content

Dunia

Pencemaran udara Bangkok di ambang tidak selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran udara Bangkok di ambang tidak selamat

Bangunan di Bangkok dibayangi kabus akibat pencemaran udara pada 16 Januari 2021. (Gambar: Jack Taylor/AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2022 01:49PM Dikemas Kini : 25 Dec 2022 01:51PM

BANGKOK: Jabatan Sekitaran Bangkok menggesa para penduduk ibu kota Thailand itu supaya meneliti mutu udara dalam persekitaran masing-masing dan melindungi diri mereka.

Ini kerana mutu udara di Bangkok bertambah teruk menjelang akhir tahun ini akibat tiada tiupan angin dan keadaan itu diramal berterusan sepanjang hujung minggu ini.

Mutu udara yang buruk itu disebabkan udara dingin dari China dan tiupan angin lemah, lapor portal berita Thaiger.

Bacaan P-M 2.5 di Bangkok berada dalam julat antara 30 hingga 64 mikrogram bagi setiap meter padu.

Paras selamat P-M 2.5 adalah bacaan di bawah 50 mikrogram bagi setiap meter padu.

Mutu udara di Bangkok menjadi semakin teruk dan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia akan pulih dalam masa terdekat. 

Sumber : Agensi berita/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita