Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencemaran sisa kimia: Pemandu lori tangki ditahan

 Seorang pemandu lori tangki ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembuangan sisa industri secara haram di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann, Klang, minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran sisa kimia: Pemandu lori tangki ditahan

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 10:04AM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 10:06AM

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori tangki ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembuangan sisa industri secara haram di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann, Klang, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor pada jam 4.30 petang Isnin (18 Mac).

Beliau berkata polis turut merampas lori tangki yang dipercayai digunakan untuk membawa sisa industri berkenaan untuk dibuang.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima tempahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan kerja pembuangan sisa berkenaan dan semakan rekod mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok dan kes akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Awal dari itu, Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata kerja-kerja pembersihan kolam berkenaan sudah selesai pada Ahad.

Sebanyak 28,000 liter sisa industri berkenaan sudah dikumpul dan disimpan di dalam tangki simpanan sementara sebelum dilupuskan mengikut kaedah yang sesuai.

Pada Khamis lepas, sebanyak 21 bahan dari sisa industri dikesan dibuang ke dalam kolam itu sehingga membawa kepada pencemaran kolam tadahan tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan