Skip to main content

Dunia

Pencemaran Pasir Gudang: Warga S'pura dikehendaki polis serah diri

Seorang rakyat Singapura yang dikehendaki berhubung kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, bulan lepas, menyerah diri pada Rabu (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran Pasir Gudang: Warga S'pura dikehendaki polis serah diri

Di Malaysia, beribu-ribu orang jatuh sakit selepas pencemaran sisa toksik dilaporkan di Pasir Gudang pada 7 Mac. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 06:23AM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 06:27AM

JOHOR BAHRU: Seorang rakyat Singapura yang dikehendaki berhubung kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, bulan lepas, menyerah diri pada Rabu (24 Apr).

Pembuangan kimia secara haram ke dalam sungai di Johor itu mengakibatkan lebih 2,700 orang jatuh sakit dan kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup sementara.

Timbalan Ketua Polis Johor Mohd Kamaruddin Md Din berkata pengarah syarikat berusia 49 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada 11.17 pagi semalam.

Lelaki itu kini ditahan di dalam lokap.

Baru-baru ini, polis Johor dilaporkan mengenal pasti seorang pemilik kilang rakyat Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.

Lelaki itu kemudiannya diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dan pihaknya sudah memohon bantuan pihak berkuasa Singapura untuk menahan lelaki tersebut.

Buat masa ini, polis sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwa Raya Negeri Johor.

Rakyat Singapura Wang Jing Chao dan warga Malaysia Yap Yoke Liang, kedua-duanya adalah pengarah sebuah syarikat yang memproses tayar terpakai. Mereka dituduh bersubahat dengan pemandu lori N Maridass yang didakwa melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu.

Mereka bertiga bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/AY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita