Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencemaran kimia: Kelas ganti tertakluk kepada JPN Johor, kata Menteri Pendidikan

Keputusan sama ada 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim perlu menggantikan hari persekolahan mereka akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kata Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran kimia: Kelas ganti tertakluk kepada JPN Johor, kata Menteri Pendidikan

Di Malaysia, beribu-ribu orang jatuh sakit selepas pencemaran sisa toksik dilaporkan di Pasir Gudang pada 7 Mac. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 02:52PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 02:56PM

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim perlu menggantikan hari persekolahan mereka akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kata Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.

Dr Maszlee berkata kementerian itu ketika ini hanya mahu memfokuskan kepada soal keselamatan pelajar.

"Semua pengumuman sama ada ganti atau tidak tertakluk pada JPN Johor," katanya kepada para wartawan selepas merasmikan Konvensyen Pembantu Tadbir (PT) Kementerian Pendidikan hari ini (20 Mac).

Kementerian itu sebelum ini dilaporkan mengumumkan 111 sekolah berkenaan akan terus ditutup sehingga cuti pertengahan penggal satu, yang bermula pada Jumaat (22 Mac) hingga 30 Mac.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Maszlee menyarankan agar Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) menjalinkan kerjasama dengan PT sekolah swasta ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang.
Beliau turut mengisytiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan.

Sumber : Bernama/AI/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan