Pencarian dijalankan bagi kapsul radioaktif yang hilang di Australia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SYDNEY: Sebahagian kawasan barat Australia pada Sabtu (28 Jan) berada dalam amaran radiasi selepas pihak berkuasa melaporkan terdapat kapsul radioaktif yang digunakan dalam pelombongan, hilang dalam perjalanan ke ibu kota di Perth.
Semalam (27 Jan), pihak berkuasa Australia mengeluarkan amaran risiko bahan radioaktif di beberapa wilayah termasuk di Perth.
Menurut Jabatan Bomba dan Khidmat Kecemasan, kapsul kecil yang mengandungi Caesium-137 itu hilang ketika dalam perjalanan dari utara Newman iaitu sebuah bandar kecil di wilayah terpencil Kimberley ke pinggir timur laut Perth.
Menurut agensi itu, bahan berkenaan digunakan dalam pengukur bagi operasi pelombongan. Pencemaran bahan berkenaan juga boleh menyebabkan beberapa penyakit radiasi.
Menurut Agensi Kesihatan Australia, kapsul berkenaan hilang di dalam trak ketika dalam perjalanan dari lombong ke tempat penyimpanan di Perth.
Newman terletak kira-kira 1,200 kilometer dari timur laut Perth.
Pihak berkuasa Australia menyatakan bahawa trak berkenaan meninggalkan lokasi pada 12 Januari lalu dan hilang sehingga minggu ini ketika khidmat kecemasan dihubungi.
Kapsul berkenaan dilaporkan datang dari lombong Rio Tinto Ltd, manakala syarikat berkenaan tidak memberi sebarang respon mengenai kejadian tersebut.
Ketua Pegawai Kesihatan Australia Barat Andrew Robertson berkata, kapsul berkenaan jika terkena badan boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan melecur akibat radiasi.
"Jika kapsul berkenaan terdedah bagi tempoh lama, juga boleh mendatangkan kesan kepada sistem imun badan," katanya.
Katanya, dipercayai kapsul berkenaan terkeluar daripada tempat simpanan tersebut akibat kesan daripada gegaran lori yang sedang bergerak.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.