Pencakar langit New York dikosongkan; amaran risiko runtuh
Anggota pasukan kecemasan berkumpul berhampiran bangunan bekas tapak ibu pejabat Pfizer pada 7 Julai 2026 di New York City. (Gambar: Getty Images menerusi AFP)
Bangunan pejabat setinggi lebih 30 tingkat di East 42nd Street, Midtown Manhattan, berhampiran Grand Central Terminal itu pernah menempatkan pejabat syarikat farmaseutikal Pfizer.
Para pegawai Jabatan Bomba New York berkata mereka menerima laporan pada pagi Selasa (7 Jul) mengenai batu-bata yang jatuh ke jalan.
Dua tiang sokongan bangunan itu didapati melengkung, manakala beberapa tingkat atasnya mengalami mendapan.
Pihak berkuasa menyatakan para pekerja binaan segera dipindahkan dari bangunan berkenaan, manakala bangunan berhampiran turut dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Semasa sidang media, Datuk Bandar New York Zohran Mamdani berkata sebuah sekolah yang menempatkan kira-kira 400 kanak-kanak berhampiran lokasi bangunan itu turut dikosongkan.
Tiada kecederaan dilaporkan dan semua pekerja disahkan selamat, menurut para pegawai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.