Penasihat keselamatan Amerika adakan rundingan 'terus terang, membina' dengan Menteri Luar China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Jim Watson, Sergei Karpukhin)
WASHINGTON: Penasihat keselamatan Rumah Putih Jake Sullivan bertemu Menteri Luar China Wang Yi di Malta hujung minggu lalu.
Demikian menurut Beijing dan Washington pada Ahad (17 Sep), sedang kedua-dua ekonomi dunia terbesar itu berusaha untuk menstabilkan hubungan yang bermasalah.
Kedua-dua negara mengadakan rundingan "terus-terang, substantif dan membina", semasa beberapa mesyuarat yang diadakan antara 16 dan 17 September, menurut kenyataan berasingan oleh Rumah Putih dan Kementerian Luar China yang diterbitkan pada Ahad.
Pertemuan Encik Sullivan dan Encik Wang merupakan rundingan tertinggi terbaharu antara pegawai pemerintah Amerika Syarikat dan China. Ia merupakan usaha asas menjelang pertemuan Presiden Amerika Joe Biden dan China Xi Jinping lewat tahun ini.
Sebelum ini, Encik Sullivan bertemu Encik Wang di Vienna pada Mei.
Kementerian Luar China menyatakan kedua-dua negara bersetuju untuk mengekalkan pertukaran peringkat tertinggi dan mengadakan rundingan dua hala terhadap isu Asia Pasifik, maritim dan dasar asing.
Rumah Putih menambah bahawa kedua-dua negara kekal "komited untuk mengekalkan saluran komunikasi yang strategik itu serta meneruskan pelibatan dan rundingan dalam bidang utama ... dalam beberapa bulan akan datang".
Washington menyatakan bahawa Encik Sullivan "menarik perhatian terhadap pentingnya keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan".
Menurut kenyataan Kementerian Luar China, Encik Wang memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa isu Taiwan adalah "garis merah yang tidak dapat dielakkan dalam hubungan Sino-Amerika".
Encik Biden pada bulan ini meluahkan kekecewaanya kerana Encik Xi tidak menghadiri sidang puncak Kumpulan 20 pemimpin di India. Namun, Encik Biden berkata beliau akan "berpeluang untuk bertemu Encik Xi".
Kemungkinan seterusnya untuk bertemu Encik Xi adalah semasa sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco pada November.
Setiausaha Perdagangan Amerika Gina Raimando, Setiausaha Negara Antony Blinken dan Setiausaha Perbendeharaan Janet Yellen sudah ke China tahun ini untuk memastikan komunikasi berterusan dilaksanakan antara kedua-dua negara.
Ini sedang ketegangan tercetus akibat tentera Amerika menembak jatuh belon perisian China yang melintasi ruang udara Amerika Syarikat.

BACA:
Kali terakhir Encik Biden dan Encik Xi bertemua adalah pada 2022, semasa sidang puncak G20 di pulau peranginan Indonesia, Bali.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.