Penarikan balik susu formula bayi Nestle kini diperluas ke Afrika, Amerika, Asia
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Penarikan balik NESN.S Nestle terhadap beberapa produk pemakanan bayi sudah pun melangkau Eropah ke Afrika, Amerika dan Asia, termasuk Brazil, China dan Afrika Selatan, menurut perangkaan daripada syarikat itu dan penyata keselamatan makanan negara.
Tiada sebarang penyakit masih disahkan berkaitan dengan kumpulan susu formula SMA, BEBA, NAN dan Alfamino yang ditarik balik oleh Nestle kerana ia kemungkinan dicemari dengan cereulide, iaitu sejenis toksin yang boleh menyebabkan loya dan muntah.
Sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk kebanyakan negara Eropah serta Australia, Brazil, China, Mexico dan Afrika Selatan mengeluarkan amaran kesihatan berhubung kemungkinan susu formula bayi itu dicemari.
Langkah penarikan balik itu menambah tekanan terhadap syarikat pembuat KitKat dan Nescafe dan CEO baharunya, Philipp Navratil, yang kini berusaha memulihkan pertumbuhan selepas berlaku pergolakan pengurusan.
Saham Nestle merosot kira-kira 5.7 peratus sejauh ini pada minggu ini.
Kementerian Kesihatan Brazil menyatakan pada Rabu (7 Jan) bahawa langkah penarikan balik oleh Nestle itu adalah satu langkah berjaga-jaga selepas toksin itu dikesan dalam produk-produk berasal dari Belanda.
Nestle Australia menyatakan kumpulan susu formula bayi yang ditarik balik di negara itu dihasilkan di Switzerland, manakala Nestle China menyatakan ia menarik balik kumpulan susu formula bayi yang diimport dari Eropah.
Satu makluman dari Suruhanjaya Pengguna Kebangsaan Afrika Selatan menyatakan susu formula bayi NAN yang ditarik balik dihasilkan pada Jun 2025 dan mempunyai jangka hayat selama kira-kira 18 bulan.
"Ia juga dieksport ke Namibia dan Eswatini," menurut suruhanjaya itu.
Kementerian kesihatan Austria menyatakan pada Selasa bahawa langkah penarikan balik itu menjejas lebih 800 produk daripada lebih 10 kilang dan ia adalah terbesar dalam sejarah Nestle.
Seorang jurucakap Nestle tidak dapat mengesahkannya.
Nestle menyatakan pada Selasa bahawa ia sudah menguji semua minyak asid arakidonik dan campuran minyak sempadan yang digunakan dalam pengeluaran produk pemakanan bayi selepas isu mutu dikesan dalam satu ramuan dari seorang pembekal terkemuka.
Ia kini meningkatkan pengeluaran dan mengaktifkan pembekal alternatif minyak asid untuk mengekalkan bekalan.

Sumber : Reuters/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.