Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penangan 'Oyen' tarik pelancong sejauh beribu batu ke Bangkok; jadi daya tarikan Lapangan Terbang Suvarnabhumi

Anggaran Waktu Membaca:
Penangan 'Oyen' tarik pelancong sejauh beribu batu ke Bangkok; jadi daya tarikan Lapangan Terbang Suvarnabhumi

Gambar: amuay2525, au.yod/TikTok

Diterbitkan : 12 May 2024 04:35PM Dikemas Kini : 12 May 2024 04:36PM
BANGKOK: Lazimnya, prasarana atau khidmat istimewa menjadi daya tarikan sesebuah lapangan terbang.

Lain pula bagi Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, dengan 'daya tarikan' terbaharunya sibuk menawan hati pelancong di sana, sekali gus menjadi kicau-an di media sosial.

Ramai penumpang dan pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pasti berkesempatan melihat kelibat 'daya tarikan' terbaharu lapangan terbang tersebut.

Kemunculan 'Oyen' yang berusia 9 bulan semakin mendapat perhatian sehinggakan ramai yang sanggup mencarinya setiap kali mereka berada di lapangan terbang itu.

Dengan hanya memakai loceng pada lehernya, tidak sukar untuk para pengunjung mencari 'Oyen', yang juga mesra disapa dengan nama 'Nurang'.

Dari susur tangan 'travelator' hingga ke troli bagasi, 'Nurang' tidak segan silu menyambut para pengunjung dengan telatahnya.

Populariti 'Nurang' malah semakin melonjak sehinggakan ramai yang menyuarakan hasrat untuk mengunjungi Bangkok semata-mata untuk melihat kucing ini.

Ramai netizen rata-rata menyifatkan kucing tersebut sebagai "comel".

"Saya akan berkunjung ke Bangkok semata-mata untuk melihat kucing ini dan kemudian pulang ke Singapura," ujar seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula berkata: "Lapangan Terbang Changi tidak ada kucing."

Kucing yang tular ini dipercayai milik pasangan warga tempatan, yang sering berulang-alik ke lapangan terbang itu atas urusan kerja.

Mereka membawa 'Nurang' ke lapangan terbang tersebut kerana tidak mahu kucing kesayangan mereka kesepian di rumah.

Dengan popularitinya itu, 'Nurang' bukan sahaja mempunyai ramai kawan sekarang, malah ada juga yang sanggup melakukan penerbangan sejauh beribu-ribu batu semata-mata untuk menyapanya.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan