Penanam padi Hulu Besut cipta kelainan berbuka puasa di sawah
Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
Anggaran Waktu Membaca:

BESUT: Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata program tersebut merupakan acara tahunan setiap kali Ramadan dengan menghimpunkan pesawah yang mengerjakan tanaman padi di kawasan berkenaan, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, program itu melibatkan para pesawah daripada tiga kampung utama iaitu Kampung Padang Baloh, Kampung Jeram Melintang dan Kampung Gong Resam serta kawasan berhampiran.
"Program ini menghimpunkan pesawah bersama ahli keluarga dengan memilih kawasan lapang dan jalan utama ISU 4 di Kampung Padang Baloh sebagai lokasi berbuka puasa.
"Lebih 60 hidangan telah disediakan untuk memenuhi keperluan orang ramai selain mereka turut diminta membawa hidangan masing-masing untuk berbuka puasa," katanya seperti dinukil Sinar Harian.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Suhaimi Husin, berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan acara tersebut sebagai program wajib tahunan.
"Ini kerana kita lihat sambutan yang baik diberikan oleh petani dan pesawah sekali gus program yang bagus sebegini perlu dijadikan acara wajib tahunan," ujarnya seperti dinukil Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.