Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penambahbaikan jalan keutamaan dalam Bajet 2023 M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KEPALA BATAS: Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia akan memastikan Bajet 2023 yang akan dibentang pada 7 Oktober ini berteraskan penambahbaikan jalan yang menumpukan kepada keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata secara umumnya, bajet berkenaan memfokuskan untuk memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat.
"Untuk Bajet 2023, memang kita adakan sesi yang dikendalikan oleh Menteri Kewangan dan berdasarkan sesi tersebut, KKR akan memberi keutamaan dalam penambahbaikan jalan yang menumpukan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya.

"Ia juga termasuk dalam konteks menggunakan sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) di jalan yang dikatakan lebih menjimatkan dan kami juga akan mewujudkan sistem lampu isyarat pintar, yang sekiranya ia ditambah baik bukan saja memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya malah akan mengurangkan kesesakan lalu lintas,” kata beliau.

Beliau berkata kepada wartawan selepas merasmikan projek membina jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dari Permatang Pak Elong hingga ke Jambatan Merdeka di Kepala Batas pada Ahad (11 Sep).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan