Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung Pakistan

Penyokong mantan perdana menteri Pakistan Imran Khan menunjuk perasaan di Karachi pada 19 Mac 2023. (Gambar: Rizwan Tabassum/AFP)

NEW DELHI: Mahkamah Agung Pakistan pada Khamis (11 Mei) memutuskan penahanan mantan Perdana Menteri Imran Khan sebagai tidak sah dan memerintah beliau segera dibebaskan.

Beliau ditahan oleh pasukan separa tentera di premis Mahkamah Tinggi Islamabad pada Selasa (9 Mei). 

"Cara beliau ditahan tidak boleh diterima," kata hakim Athar Minallah, menurut laporan media tempatan.

Peguam mantan Perdana Menteri itu berkata penahanan Encik Imran satu penganiayaan dan beliau turut menerima layanan yang buruk semasa dalam tahanan.

Penahanannya oleh Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) atas dakwaan kes rasuah mencetuskan tunjuk perasaan dan penyokongnya menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian dendam politik.

Sejak itu, kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) ditahan dalam usaha pemerintah untuk menghentikan tunjuk perasaan dengan bantuan tentera.

Encik Imran menggesa penyokongnya bertenang dan bertindak secara aman.

"Kami hanya mahukan pilihan raya di negara ini," katanya di mahkamah.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan