Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemulihan gangguan bekalan air di Selangor belum dapat ditentukan

Pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan terjejas tidak dapat ditentukan sehingga pagi ini dengan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan kejadian pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemulihan gangguan bekalan air di Selangor belum dapat ditentukan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Oct 2020 01:30PM Dikemas Kini : 05 Oct 2020 01:35PM

KUALA LUMPUR: Pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan terjejas tidak dapat ditentukan sehingga pagi ini dengan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan kejadian pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Menurut kenyataan Air Selangor, sehingga pukul 7.30 pagi ini pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap 5 TON di Muka Sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 TON di Muka Sauk LRA Sungai Semenyih.

"Dalam tempoh lebih 14 jam ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan," menurut kenyataan itu pada Isnin (5 Okt).

Kenyataan itu memaklumkan Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Air Selangor turut menyarankan para pengguna untuk mengambil bekalan air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan