Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemulihan ekonomi Thailand disokong sektor pelancongan

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pemulihan ekonomi Thailand tidak akan terjejas oleh kelembapan ekonomi global kerana sektor pelancongan negara itu sudah bangkit semula, kata Menteri Kewangan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith kepada wartawan pada Isnin (10 Okt).

"Ekonomi kami bergantung kepada sektor pelancongan yang semakin pulih secara bertahap-tahap," kata beliau sambil menambah bahawa tidak semua negara sedang melalui kelembapan ekonomi.
Lantas, impak terhadap pasaran pelancongan Thailand adalah terhad.

"Semasa musim sejuk, pelancong dari Eropah akan melarikan diri dari cuaca sejuk ke Thailand," kata Encik Arkhom.

Sektor pelancongan adalah pemacu utama ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu. Pada 2019, ia menyambut hampir 40 juta pelawat yang berbelanja 1.91 trilion baht (S$ 72.4 bilion), lapor Reuters.

Kerajaan Thailand sebelum ini menyatakan hasil pendapatan pelancongan dijangka mencecah AS$64.5 bilion (S$92.7 bilion) tahun ini daripada 10 juta jumlah pelawat yang datang ke negara itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan