Pemulihan banjir di Aceh Tamiang hampir 100 peratus: Prabowo
Gambar fail menunjukkan kediaman sementara dibina Danantara, agensi pelaburan milik kerajaan Indonesia bagi penduduk yang dipindahkan akibat banjir di 14 lokasi di Aceh Tamiang, Aceh, pada 8 Januari lalu. (Gambar: Aditya Aji/AFP)
Beliau berkata kemajuan pesat itu mencerminkan penyelarasan berkesan antara pihak berkuasa, sambil menambah bahawa usaha pemulihan masih diteruskan di kawasan lain yang turut terjejas di seluruh negara.
“Tiada lagi penduduk tinggal di khemah, 100 peratus. Semua telah berpindah dari khemah ke kediaman sementara, dan pembinaan perumahan kekal juga telah bermula.”
“Bekalan elektrik hampir pulih sepenuhnya, hampir 100 peratus, dengan hanya lima kampung di seluruh Aceh masih terjejas,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Pers, Media dan Informasi (BPMI) Sekretariat Presiden pada Sabtu (21 Mac).
Awal dari itu, Encik Prabowo menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama penduduk di sebuah masjid di kawasan kediaman sementara.
Presiden itu turut berkata bantuan pemerintah sudah diagihkan sepenuhnya kepada masyarakat terjejas.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan agensi yang terlibat, termasuk tentera, polis, pihak berkuasa pengurusan bencana serta pemerintah tempatan, atas tindakan pantas dan komitmen mereka dalam membantu masyarakat terjejas.
Banjir di Aceh Tamiang merupakan sebahagian daripada bencana lebih besar yang melanda beberapa wilayah di Sumatera pada November lalu, menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan merosakkan infrastruktur utama.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.