Skip to main content

Dunia

Pemuda sebak rakan-rakan kumpul duit hadiahkan komputer riba untuk sambung belajar

Anggaran Waktu Membaca:
Pemuda sebak rakan-rakan kumpul duit hadiahkan komputer riba untuk sambung belajar

Gambar: TikTok /@FARHAN.N.N

Diterbitkan : 12 Oct 2022 05:09PM Dikemas Kini : 12 Oct 2022 07:39PM
KUALA LUMPUR: Telefon bimbit dan komputer riba atau laptop merupakan keperluan utama untuk para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IHL) di Singapura mahupun di Malaysia.

Mana tidaknya, dengan kemajuan teknologi dan pelbagai perkara dilakukan secara online, dua alat tersebut sangat diperlukan, lapor ohmymedia.

Namun begitu, bukan semua pelajar bernasib baik dapat menyediakannya sebelum memulakan pengajian kerana harga untuk laptop ataupun telefon bimbit tidaklah murah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @FARHAN.N.N apabila memuat naik video memberi kejutan kepada rakannya dengan memberikan laptop sebelum beliau pergi menyambung pengajian.

Menerusi video tersebut, beliau memaklumkan yang rakannya itu mengalami sedikit kesulitan dari segi kewangan memandangkan sebelum ini dompet yang mengandungi duit untuk membeli telefon bimbit baru hilang, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Disebabkan itu, pengguna TikTok dan teman-teman yang lain bercadang mengumpul duit dan menghadiahkan laptop kepada rakannya itu bagi meringankan sedikit bebannya.

Dapat dilihat rakannya yang akan melanjutkan pelajaran itu tidak dapat menahan sebak kerana terharu dengan keprihatian teman-temannya yang lain.

Jelas pengguna TikTok lagi, rakannya itu seorang yang sangat gemar membantu orang lain tanpa berkira.

Menerusi video yang dikongsikan lagi, @FARHAN.N.N memuat naik tangkapan layar perbualannya dengan rakan dikenali sebagai Nazrul itu tentang luahannya yang menjadi harapan keluarga mengubah nasib jika dia menyambung pelajaran, lapor ohmymedia.

Disebabkan beliau tidak jadi membeli telefom bimbit baru dengan alasan tiada rezeki, rakan-rakan yang lain membuat kumpulan WhatsApp untuk mengumpul sedikit duit membelikannya laptop bagi memudahkan urusannya belajar nanti.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu benar-benar menyentuh hati ramai dan membuatkan mereka berasa begitu bangga dengan persahabatan tersebut.

Kebanyakan warga siber memuji rasa keprihatinan mereka terhadap rakan-rakan dan mendoakan agar Encik Nazrul berjaya di masa hadapan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita