Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KULAI: Pemuda Gerak Ehsan Maghfirah Amal (GEMA) Johor menyasarkan untuk menyelamatkan sebanyak 1 tan metrik makanan dan minuman di bazar Ramadan di negeri itu tahun ini.
Pengerusinya Muhamad Khairi Yalah berkata, bagi mencapai hasrat tersebut pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor.
"Ramadan tahun lepas menerusi program MySaveFood kita berjaya mengumpulkan
300 kilogram dan sasaran tahun ini ialah sebanyak 1 tan metrik lebihan makanan dan minuman di 52 bazar Ramadan yang terlibat dengan kempen itu di negeri ini.
"Kita berharap golongan peniaga di bazar Ramadan juga lebih cakna dengan tidak membazirkan lebihan makanan dan minuman sebaliknya disumbangkan kepada golongan yang memerlukan," katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bazar Ramadan Temenggong, Indahpura di Johor Bahru pada Ahad (24 Mac).
Beliau berkata kempen yang diadakan setiap hujung minggu itu turut disertai sukarelawan terdiri daripada penuntut universiti, pelajar sekolah serta golongan dewasa.
Menurut beliau, program MySaveFood Ramadan mula dilancarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 2016, sebelum dikembangkan ke seluruh Malaysia termasuk di Johor.
"Sejak memulakan kempen ini, sambutan daripada peniaga cukup baik kerana mereka juga tidak mahu membuang lebihan makanan begitu sahaja, jadi mereka menyokong kempen ini.
"Kesemua makanan dan minuman yang dikumpul akan diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia masih baik untuk dimakan, sebelum diagihkan kepada senarai penerima yang terdiri daripada masyarakat setempat khususnya golongan B40," katanya.
Muhamad Khairi berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyasarkan untuk mengutip sehingga 50 tan metrik lebihan makanan dan minuman daripada lebih 100 Bazar Ramadan yang terlibat dalam kempen berkenaan di seluruh Malaysia.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.