Pemuda Amanah buat laporan polis berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin sentuh kaum, agama dan institusi diraja
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Pemuda Amanah pada Isnin (4 Sep) membuat laporan polis berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang disifatkan menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminolhuda berkata laporan polis itu, dibuat Ketua Pemuda Amanah Pulai Mohd Harith Mohd Hambali di Balai Polis Tampoi pada pukul 3.07 petang pada Isnin.
Beliau berkata laporan polis turut dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, yang mengharamkan undi terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, yang boleh menggugat keharmonian di Malaysia dan Johor khususnya.
“Kita ambil maklum bahawa Ketua Polis Negara Razarudin Husain telah mengatakan hari ini, bahawa Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan, justeru itu kita mengharapkan agar siasatan dan tindakan itu dapat disegerakan.

“Ini bagi memastikan, tiada lagi mana-mana pihak, terutama pemimpin parti politik yang berani untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya kepada para wartawan pada sidang media di Balai Polis Tampoi pada Isnin.
Sementara itu, Encik Fadhli Umar yang juga Ketua Perundangan Jentera PH bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berkata kenyataan Muhyiddin juga, seolah-olah mahu menggugat kuasa Fatwa Negeri Johor dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang merupakan ketua agama Islam di negeri itu.
Justeru, beliau menggesa Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau Majlis Agama Islam Negeri Johor turut menjalankan siasatan, berikutan kenyataan seumpama itu tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana individu walaupun berbentuk gurauan.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan.
Encik Razarudin pada Isnin dilaporkan sebagai berkata siasatan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Pada Sabtu lalu, Encik Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi mereka yang mengundi Encik Suhaizan pada PRK tersebut.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.