Skip to main content

Dunia

Pempengaruh wanita SG didenda RM1,000 buat aduan palsu cuba diculik

Anggaran Waktu Membaca:
Pempengaruh wanita SG didenda RM1,000 buat aduan palsu cuba diculik

Amyra Laila Ho (kanan) dalam hantaran Instagram pada 14 Jan. (Gambar: Google Maps/Patrick Ng, Instagram/@venus_pink_beauty)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 28 Jan 2025 07:15PM Dikemas Kini : 28 Jan 2025 07:39PM
JOHOR BAHRU: Seorang pempengaruh wanita rakyat Singapura didenda RM1,000 (S$308) oleh Mahkamah Majistret hari ini (28 Jan) kerana membuat aduan polis palsu kononnya dia telah diculik ketika berada di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lalu.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Amyra Laila Ho, 45, selepas wanita itu mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis di Balai Polis Larkin pada 1.02 pagi 22 Jan lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda.

Wanita itu membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 (S$615) atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum.

Mengikut fakta kes, Amyra membuat aduan polis dengan mendakwa pada 1.00 tengah hari, 10 Jan lalu, ketika berada di bahagian belakang KSL City Mall di Taman Abad, dia didatangi seorang lelaki dan wanita berbangsa Cina yang mempromosikan minuman teh Cina kepadanya.

Dia mendakwa telah menolak permintaan itu, namun wanita berkenaan dikatakan mengarahkannya untuk menghidu minuman itu, kemudian mendakwa selepas menghidu, dia berasa kebas dan kepala menjadi pening.

Pada Isnin, Ketua Polis Johor M Kumar dilaporkan berkata seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa cubaan culik di kawasan KSL City Mall di Taman Abad pada 10 Jan lalu, didapati membuat aduan palsu.

Beliau berkata hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mendapati insiden cubaan culik tersebut tidak berlaku dan mengesahkan tiada pergerakan mangsa dikesan di lokasi kejadian.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita