Pempengaruh Malaysia bunuh diri selepas dibuli online; polis tahan wanita tempatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kaitlyn Baker/Unsplash)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan seorang wanita tempatan berhubung kes seorang pempengaruh TikTok yang dipercayai mati bunuh diri selepas dibuli di ruang siber.
Dalam kenyataan media pada Selasa (9 Jul), Ketua Polis Daerah Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan penahanan tersebut, lapor Malaysiakini.
“Pada 8 Julai lebih kurang pukul 1.45 pagi, pihak polis telah menahan salah seorang suspek yang merupakan wanita warga tempatan berumur 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
“Suspek kini ditahan reman di IPD Sentul selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan polis,” katanya.
Menurutnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Menyebarkan Kenyataan Jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (Kelakuan Aib).
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil mengesahkan kes seorang pempengaruh TikTok, yang dipercayai mati bunuh diri selepas dibuli di ruang siber sudah dirujuk kepada polis untuk siasatan.
Jelas Encik Fahmi, walaupun mangsa sebelum ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), aduan tersebut tidak berkaitan dengan insiden buli siber yang dipercayai menyebabkan kematiannya.
Mengulas lanjut, Encik Ahmad Sukarno berkata bahawa penangkapan itu dibuat menyusuli laporan polis pada 6 Julai.
Katanya lagi, pihak polis sudah menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun berkenaan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Rajeswary Appahu (Esha), 30 tahun, seperti dipetik laporan Malaysiakini.
“Semasa pengadu berada di Lorong Kolam Air 8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur telah terlihat dua catatan melalui aplikasi TikTok bernama Dulal Brothers dan TikTok Alphaquinnsha mengenai fitnah dan ugutan terhadap Rajeswary (Esha).
“Kedua-dua akaun TikTok tersebut telah menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing,” katanya.
Tambahnya, kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman terhadap Rajeswary (Esha) serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah.
“Hasil semakan polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis namun disyaki telah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun TikTok tersebut.
“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel ataupun kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.