Skip to main content

Dunia

Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah

Pemindahan perubatan dari Carikan Gaza disambung semula pada Ahad (12 Apr) melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung operasi beberapa hari sebelum ini susulan kematian seorang kakitangan WHO warga Palestin akibat tembakan Israel, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah

Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Carikan Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada 19 Mac 2026, menurut sumber keselamatan rasmi. (Gambar fail: REUTERS/Ramadan Abed)

Diterbitkan : 13 Apr 2026 07:26AM Dikemas Kini : 13 Apr 2026 07:30AM
GAZA: Pemindahan perubatan dari Carikan Gaza disambung semula pada Ahad (12 Apr) melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung operasi beberapa hari sebelum ini susulan kematian seorang kakitangan WHO warga Palestin akibat tembakan Israel, lapor Xinhua.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan pasukannya memindahkan pesakit dan mangsa cedera melalui lintasan itu dengan penyelarasan WHO dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut persatuan itu, seramai 27 pesakit dan 42 pengiring dipindahkan.

Mereka dibawa menggunakan ambulans dari Hospital Pemulihan Perubatan di Khan Younis di selatan Gaza ke Rafah sebelum meneruskan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan rawatan.

Kumpulan itu menyifatkan operasi berkenaan sebagai usaha kemanusiaan yang bertujuan mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan Gaza yang terbeban.

WHO menggantung proses pemindahan pada 6 April selepas seorang kakitangan warga Palestinnya terkorban.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada masa itu bahawa pemindahan rakyat Palestin yang sakit dan cedera dari Gaza ke Mesir melalui Rafah dihentikan sehingga diberitahu kelak.

“Kami menyeru supaya orang awam dan petugas kemanusiaan dilindungi,” tambahnya.

Sejak lintasan itu dibuka semula pada 2 Februari, WHO menyelaraskan jumlah dan senarai pesakit yang layak untuk dipindahkan dengan pihak berkuasa Israel.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita