Skip to main content

Dunia

Pemindahan iPhone ke Android bakal dipermudahkan hujung tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
CALIFORNIA: Proses pemindahan daripada Android ke iOS adalah mudah kerana wujudnya aplikasi Move to iOS.

Bagaimanapun, proses meninggalkan iPhone untuk berpindah ke Android adalah lebih rumit, meskipun wujud aplikasi Switch to Android, lapor Astro Awani.

Dalam dokumen yang diterbitkan oleh Apple bagi mematuhi keperluan Akta Pasaran Digital (DMA) di Kesatuan Eropah (EU), mereka mengesahkan proses tersebut akan dipermudahkan menjelang penghujung 2024 atau awal 2025.

Walaupun diumumkan untuk EU, proses pemindahan data ke Android lebih mudah itu boleh diakses semua pengguna.

Mereka turut mengesahkan pada penghujung tahun ini, pengguna boleh membuang terus aplikasi pelayar laman web Safari daripada iPhone, sekiranya tidak diperlukan kerana menggunakan pelayar laman web lain.

Sistem memindahkan data daripada satu pelayar laman web ke pelayar laman web juga akan disediakan selewat-lewatnya awal 2025.

Menurut laporan Astro Awani, Apple baru sahaja didenda lebih RM9 bilion (S$2.6 juta) oleh EU kerana gagal mematuhi kesemua keperluan DMA khususnya dalam kawalan App Store.

Mereka harus akur dengan keperluan EU kerana Eropah adalah antara pasaran utama dunia.

Ketegasan EU adalah penyebab iPhone 15 kini menggunakan USB-C.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita