Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Pemindahan besar-besaran' bermula untuk berpindah ke Lapangan Terbang Istanbul

Lapangan terbang antarabangsa utama Turki bakal ditutup dan berpindah ke tempat baru dalam satu operasi logistik besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Apr 2019 05:01PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 04:47PM

ISTANBUL: Lapangan terbang antarabangsa utama Turki bakal ditutup dan berpindah ke tempat baru dalam satu operasi logistik besar-besaran.

Penempatan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk ke Lapangan Terbang Istanbul di pesisiran Laut Hitam negara itu, yang dianggap sebagai satu "pemindahan besar-besaran", bermula pada awal Jumaat (5 Apr) dan dijangka berakhir pada Sabtu (6 Apr).

Menurut Pegawai Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tempatan Turkish Airlines, Bilal Eksi, lori setengah treler bersama-sama ratusan kenderaan lain mengangkut peralatan-peralatan pada sebelah malam sementara pesawat-pesawat pula membuat penerbangan masuk ke lapangan terbang baru tersebut.

Lapangan Terbang Istanbul, salah satu projek mega Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, dibuka pada separuh Oktober tahun lalu dan dijangka mampu menampung 90 juta penumpang setiap tahun. Ia bermatlamat untuk menjadi lapangan terbang terbesar dunia apabila siap sepenuhnya dalam 10 tahun akan datang.

Lapangan Terbang Ataturk menduduki tangga ke-17 bagi lapangan terbang paling sibuk di dunia pada 2018. Berdasarkan statistik awal, lapangan terbang tersebut akan menghentikan operasi komersil pada Sabtu, jam 2.00 pagi, waktu tempatan.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan